Friday, 4 April 2014

by Nor Azura Rahim From Redglow




Oleh Hamizah Badiran
KOLEKSI tudung jenama RedGlow banyak mengetengahkan teknik lipatan dan kedutan di bahagian atas serta tepi tudung.
Bukan saja gaya pemakaiannya dipelbagaikan malah tambah menarik apabila ia disertai perincian seperti manik dan kerongsang untuk menyerlahkan lagi penampilan.
Diperbuat daripada kain berkualiti tinggi seperti sifon, rekaan RedGlow kali ini mengetengahkan teknik lipatan itu sebagai keistimewaannya.

Perekanya, Nor Azura Rahim berkata, selain tudung eksklusif itu, wanita yang menggemari gaya serban juga boleh mendapatkannya apabila berkunjung ke butik berkenaan.

“Setiap rekaan tudung yang dihasilkan mengambil kira aspek keselesaan pemakai. Kami mahukan semua jenis tudung sama ada selendang mahupun gaya serban mudah diuruskan serta tidak membataskan pergerakan wanita seharian.

“Kain sifon dan shantung digunakan kerana bukan saja memberikan keselesaan kepada pemakai, malah tidak mudah renyuk serta tidak panas walaupun digayakan untuk tempoh yang lama.

“Kami selalu meletakkan diri sebagai seorang pelanggan yang mahukan rekaan tudung mereka itu cantik, selesa dan menepati kehendak diperlukan,” jelasnya yang ditemui baru-baru ini.

Pada masa sama, mainan warna terang dan pastel seperti biru, merah jambu, biru firus dan hijau memonopoli koleksi tudung jenama berkenaan yang bertapak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor ini.

Sekali lihat, tudung rekaan jenama ini tidak banyak bezanya dengan kebanyakan jenama lain tetapi ia sebaik mungkin dibezakan dengan menambah perincian aksesori untuk memberikan kelainan dan corak yang lebih menarik.

Penghasilan bentuk tudungnya juga dihasilkan berdasarkan permintaan pelanggan yang arif dengan perkembangan dunia fesyen Muslimah masa kini.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12


No comments :

Post a Comment

.Assalamualaikum
.Sila tinggalkan comment anda di sini
. SATU pon jadilah! hehehehhehehhe
.Tengssssss